Wednesday, February 24, 2010

Sylvester the cat

Jeng jeng jeng.. tok la pusak orang rumah sebelah nok mala jak lepak di umah kmk orang.. siang malam nang ada ada jak muka nya tok.. daripada sik bernama terus ada nama diberi oleh bini kawan ku. Pusak tok asal jak keluar dari rumah gerenti jadi mangsa buli oleh pusak cina rumah sebelah gik. heuheuheu, ney oleh 4 ekor buli sekor. Kesian juak ku nangga nya tok. Paling best pusak tok nya jenis nok mereti, time kita makan nya sik ngaco or sik ngegeh, biar nya duduk kat sebelah diam diam sambil nangga kita makan. Pabila abis jak makan time kita nak angkat alu bising kawan mintak di berik makan.. hehehehe... nya tok juak mudah nak tido dekat dekat ngan kita.


cuci bulu nya.


tido dalam pangkuk kita.


pabila nya conquer tilam. hehehe

Tuesday, February 23, 2010

Pangau Libau




Happy hour time, sabtu lepas aku pegi happy hour kat Pangau Libau dengan sorang kawan aku(last minit punya plan). heh... layan 1 jug jak pun jadi lah.. walaupun udah jam 1 pagi lebih tapi masih happening juak and pub tutup jam 2 pagi. Best memang best..

Masterskill Kuching


Kelmarin aku dan kawan sama kerja ke Masterskill Kuching untuk menghabiskan kerja kerja tarik kabel telefon yang belum siap pada sabtu lepas. Pergh, bala student2 kat sana memang kaw kaw. Boleh meliur kalau tengok, bole tahan gak owh.. Memang sihat2 jak, sepa rasa nak cari awek nurse bole la datang sini.. mencuba nasib bah.. :P

Kuey Chap part 2





Yosh!!~ selamat datang ke kuey chap part 2 bersama saya. Banyak2 stall kuey chap di kuching ni ada satu saja stall kuey chap yang paling sedap dan dapat memuaskan perut kita apabila memakan nya. Cuba teka daripada gambar di atas.. hejejejeje... :) Oklah.. kedai ni terletak d open market Petanak dan biasa nya mula berniaga start jam 9.00 malam sehingga tengah malam atau sampai pagi. Harga kuey chap di sini sangat berbaloi daripada RM3.00 sehingga RM5.00 atau kita bole order ikut kesukaan. Kepada penggemar kuey chap di luar sana, jangan lupa datang untuk makan kuey chap yang sedap kat market Petanak ini.

Monday, February 22, 2010

work smart


Hehehe.. hidup mesti lebih bijak.. ada masa kita mesti cari time untuk MENGULAR kejap. Muka pura pura buat BUSY tapi hati kuat SENANG. HAHAHAHA..

Thursday, February 18, 2010

Filem ‘Saloi The Movie’ menjanjikan keunikan

KUCHING: Filem ‘Saloi The Movie’ yang dijangka akan menemui penonton di pawagam seluruh Sarawak dan Sabah bulan Mei 2010 ini menjanjikan satu keunikan dalam industri perfileman Malaysia.Filem yang diterbitkan oleh Allan Tinggie Trading Sdn Bhd ini merupakan filem Iban pertama yang diterajui oleh penerbit utama, Hereward Geramong.

Menurut penerbit eksekutifnya, Benny Zach, filem yang berunsur komedi ini menelan belanja lebih daripada RM100,000. Keseluruhan pengambaran diadakan di rumah panjang Sibu selama lebih kurang sebulan.

Filem ini diarahkan oleh pengarah filem kelahiran Sarawak yang berpengalaman Monita Jeff yang juga merupakan penulis skrip untuk drama bersiri Manjalara dan juga pengarah filem pendek ‘I Love Sarawak’.

‘Saloi The Movie’ adalah filem yang berkisarkan tentang cerita dongeng kaum Iban ‘Apai Saloi’ menggariskan barisan pelakon yang muda dan baru dari negeri Sarawak.

Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Saloi (Julius Ejau) yang selalu dibuli oleh masyarakat kampung.

Disebabkan kebodohan bapanya, dia menjadi mangsa dan oleh itu dia bertekad untuk berhijrah ke bandar bagi membuktikan kepada orang kampung yang dia anak kepada Apai Saloi (Blucewalker Breday) bukan bodoh seperti yang disangka.

Sepanjang kehidupannya di bandar, pelbagai perkara pelik mencuit hati berlaku sehingga suatu perubahan yang mengejutkan pada dirinya.

Di samping itu, filem ini turut mendedahkan kepada orang ramai tentang kehidupan, budaya dan masyarakat Dayak di Sarawak.

Filem ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, terutama peminat filem komedi kerana kelainannya berbanding drama Iban yang terdapat dalam VCD dan DVD.


Sumber: www.theborneopost.com

Monday, February 15, 2010

Percy Jackson & The Lightning Thief




Semalam aku dengan kawan pegi MBO, layan movie PERCY JACKSON & THE LIGHTNING THIEF. Sampai kat sana tengok punya la ramai orang.. maklum la Valentine's day + Chinese New Year + Hujung minggu.. Selepas setengah jam berbaris, akhirnya berjaya juga aku beli tiket, nasib masih ada tempat duduk kosong.. setengah jam sebelum cerita start kita orang terus masuk kat hall dan duduk lepak2. Cerita ni mengisahkan seorang budak iaitu Percy Jackson(anak Dewa Poseidon) yang telah dituduh mencuri panah kilat Dewa Zeus. Dia diburu oleh dewa dewa yang lain sebab diaorang nak rampas panah kilat tersebut tetapi kebanyakkannya gagal sehingga akhirnya Percy berjaya memulangkan panah kilat tersebut kepada Zeus. Kalau nak tahu jalan cerita selanjutnya, korang pegi la tengok sendiri.. hehehe.. aku taknak cerita panjang2 takut nanti salah info... :P

Sunday, February 14, 2010

new domain name

Yeahh.. my new domain name(www.christopherandrew.info). Thank you to Clarence, i owe you bro..

Saturday, February 13, 2010

Happy Valentine's Day


Happy Valentine's day to everyone.

Selamat tahun baru cina @ Gong Xi Fa Cai


Disini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru kepada semua kawan kawan saya yang berbangsa cina semoga tahun ini memberi kesenangan dan kesihatan yang baik baik buat anda dan keluarga. Angpau lai angpau lai.. hehehe..