Monday, February 15, 2010

Percy Jackson & The Lightning Thief




Semalam aku dengan kawan pegi MBO, layan movie PERCY JACKSON & THE LIGHTNING THIEF. Sampai kat sana tengok punya la ramai orang.. maklum la Valentine's day + Chinese New Year + Hujung minggu.. Selepas setengah jam berbaris, akhirnya berjaya juga aku beli tiket, nasib masih ada tempat duduk kosong.. setengah jam sebelum cerita start kita orang terus masuk kat hall dan duduk lepak2. Cerita ni mengisahkan seorang budak iaitu Percy Jackson(anak Dewa Poseidon) yang telah dituduh mencuri panah kilat Dewa Zeus. Dia diburu oleh dewa dewa yang lain sebab diaorang nak rampas panah kilat tersebut tetapi kebanyakkannya gagal sehingga akhirnya Percy berjaya memulangkan panah kilat tersebut kepada Zeus. Kalau nak tahu jalan cerita selanjutnya, korang pegi la tengok sendiri.. hehehe.. aku taknak cerita panjang2 takut nanti salah info... :P

No comments:

Post a Comment