cuci bulu nya.
tido dalam pangkuk kita.
pabila nya conquer tilam. hehehe
KUCHING: Filem ‘Saloi The Movie’ yang dijangka akan menemui penonton di pawagam seluruh Sarawak dan Sabah bulan Mei 2010 ini menjanjikan satu keunikan dalam industri perfileman Malaysia.Filem yang diterbitkan oleh Allan Tinggie Trading Sdn Bhd ini merupakan filem Iban pertama yang diterajui oleh penerbit utama, Hereward Geramong.
Menurut penerbit eksekutifnya, Benny Zach, filem yang berunsur komedi ini menelan belanja lebih daripada RM100,000. Keseluruhan pengambaran diadakan di rumah panjang Sibu selama lebih kurang sebulan.
Filem ini diarahkan oleh pengarah filem kelahiran Sarawak yang berpengalaman Monita Jeff yang juga merupakan penulis skrip untuk drama bersiri Manjalara dan juga pengarah filem pendek ‘I Love Sarawak’.
‘Saloi The Movie’ adalah filem yang berkisarkan tentang cerita dongeng kaum Iban ‘Apai Saloi’ menggariskan barisan pelakon yang muda dan baru dari negeri Sarawak.
Filem ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama Saloi (Julius Ejau) yang selalu dibuli oleh masyarakat kampung.
Disebabkan kebodohan bapanya, dia menjadi mangsa dan oleh itu dia bertekad untuk berhijrah ke bandar bagi membuktikan kepada orang kampung yang dia anak kepada Apai Saloi (Blucewalker Breday) bukan bodoh seperti yang disangka.
Sepanjang kehidupannya di bandar, pelbagai perkara pelik mencuit hati berlaku sehingga suatu perubahan yang mengejutkan pada dirinya.
Di samping itu, filem ini turut mendedahkan kepada orang ramai tentang kehidupan, budaya dan masyarakat Dayak di Sarawak.
Filem ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, terutama peminat filem komedi kerana kelainannya berbanding drama Iban yang terdapat dalam VCD dan DVD.
Sumber: www.theborneopost.com
February 9, 2010, Tuesday
TAIPING: Tiga lelaki semalam masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan api ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dan Gereja All Saints pada 10 Jan lepas di Mahkamah Sesyen di sini semalam.Tertuduh adalah Andidi Rosidi, 22, Abdul Fattah Shaharuddin, 29 dan Muhamad Ab. Wahab, 20, kesemuanya dari Kamunting dekat sini, sebelum ini telah menghadapi tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret di sini.
Andidi didakwa melakukan kesalahan itu di SMK Convent di Jalan Convent di sini antara antara jam 12.01 pagi dan jam 3.30 pagi, manakala Abdul Fattah dan Muhamad didakwa melakukan khianat di Gereja All Saints, di Jalan Taming Sari di sini, juga pada masa yang sama.
Bagi kesalahan itu, kesemua mereka yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Abdul Fattah dan Muhamad turut didakwa mengikut Seksyen 34 kanun yang sama. Pada 2 Feb lepas, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi setiap pertuduhan itu.
Pada prosiding hari ini, kesemua tertuduh diwakili peguam Naran Singh yang memohon mahkamah mengurangkan wang ikat jamin RM30,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin yang diputuskan Mahkamah Majistret sebelum ini.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada setiap Sabtu.
Meor Sulaiman juga menetapkan 9 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Kesemua tertuduh dibebaskan selepas anggota keluarga membayar wang jaminan. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah. — Bernama
* apa maok jadi dengan orang kinek tok, apa kejadah sidak tok nak nunok gereja & sekolah iya.. bukan nya ada molah salah... wahai manusia, bertobat lahh...