![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLRYYiNVuVT-6KrUcV84hNgt_RRF_PA7npjrX4a1eLQiuslOLqU9Z9RQcHpayhj0TDiDWsGCY5mCSY0wbdO4TPX-mNRJloJOpzDE6xivNUgzA8ks08PFrL9dTDVqkGsgNYwfLc4OUf-uE/s320/bidayuhinfoofficiallogo_big.jpg)
Selamat menyambut ulang tahun ke-6 saya ucapkan ke portal Bidayuh.Info sejak penubuhannya pada 16 April 2004 oleh seorang kawan yang dikenali sebagai suBzero. Dulu mula mula kami berkenalan daripada mIRC pada awal tahun 2001 dimana masa tu masih dibangku sekolah lagi. Daripada channel #bidayuh aku kenal ramai kawan kawan tak semestinya bidayuh, ada juga ramai kawan kawan yang berbangsa iban. Sejak daripada itu kita orang berkawan sampai sekarang, mula mula daripada forum percuma dan sebangai hobi sehinggalah mempunyai domain dan hosting sendiri sekarang. Bermula dari April 2004, forum bidayuh.info semakin berkembang dan ahli ahlinya semakin ramai sehingga mencecah 900 lebih ahli, bukan setakat dari sarawak, malah dari sabah, semenanjung malaysia bah kan dari luar negara pun ada juga.. Tujuan portal ini dibuat adalah untuk kawan kawan berbangsa bidayuh yang berada jauh dari kampung halaman untuk bertanyakan khabar dengan kawan kawan. Ahli ahlinya bukan setakat berbangsa bidayuh sahaja tetapi ada bangsa Iban, Melayu, Cina, Melanau, Orang Ulu dan juga bangsa lain.
No comments:
Post a Comment