Miri dijangka dapat Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) menjelang 2012
MIRI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa me-ngumpul maklumat dan data secukupnya bagi meningkatkan perkhidmatan jalur lebar di Miri.Ahli Dewan Undangan Negeri Pujut, Andy Chia berkata, beliau banyak menerima aduan dan maklum balas daripada orang awam berhubung perkhidmatan jalur lebar yang amat tidak memuaskan.
“Sebelum ini saya banyak menerima rungutan daripada orang awam yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Internet. Saya berharap SKMM dapat mengumpul maklumat lengkap bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya berucap merasmikan Ekspo Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) 2009 di Stadium Tertutup Miri semalam.
Dalam pada itu, Andy menyambut baik usaha SKMM mengadakan tinjauan mengenai permintaan dan pembekalan jalur lebar semasa tiga hari ekspo tersebut diadakan mulai semalam.
Sehubungan itu, beliau menyarankan orang awam menggunakan peluang ini untuk membuat aduan dengan mengisi borang tinjauan yang diedarkan oleh SKMM.
“Inilah peluang anda untuk meluahkan apa sahaja perasaan tidak puas hati terhadap perkhidmatan jalur lebar di Miri agar kerajaan tahu maklum balas dan memperbaiki keadaan,” katanya.
Menurut Andy, perkhidmatan jalur lebar kini sudah menjadi satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan seharian, khususnya dalam perniagaan, rekreasi dan sosial.
“Perkhidmatan jalur lebar membolehkan orang awam akses dengan dunia luar tanpa mengira sempadan di mana sahaja mereka berada.
“Namun, perkhidmatan jalur lebar yang disediakan oleh permbekal perkhidmatan (PS) di sini perlu diperbaiki. Infrastruktur telekomunikasi harus dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan dan keperluan pasa-ran,” kata Andy.
Tegas Andy, ini sejajar dengan usaha kerajaan dan PS untuk mensasarkan peningkatan penggunaan jalur lebar sebanyak 50 peratus men- jelang 2010.
Dalam perkembangan lain, Miri dijangka akan mendapat Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) menjelang 2012.
“Kita akan bekerjasama dengan syarikat berteknologi tinggi di Miri bagi mencapai sasaran ini lebih awal daripada tempoh tersebut,” katanya sambil menambah HSBB ini akan menarik lebih ramai pelabur asing untuk melabur di sini.
Menurut Andy, pelanggan di Malaysia terpaksa membayar US$10.20 untuk empat megabit sesaat berbanding rakyat Singapura yang membayar hanya US$10.20 untuk 100 megabit sesaat.
“Malah, kita membayar le-bih dari Vietnam, sedangkan kelajuan Internet di sini amat rendah,” katanya.
Beliau berharap kerajaan dapat memainkan peranan untuk mendesak PS untuk merendahkan kos perkhidmatan jalur lebar bagi memasti-kan lebih ramai rakyat me-nikmati kemudahan itu.
Sementara itu, sebanyak 62 gerai menjual pelbagai jenama komputer, gajet dan telekomunikasi mengambil bahagian dalam ekspo anjuran Persatuan Jualan dan Perkhidmatan Komputer Sarawak (CSSA) cawangan Miri.
Hadir sama pada majlis itu ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Lawrence Lai.
Sources: The Borneo Post Online
line tenet mmg slow.
ReplyDelete