UMUM mengetahui, Skype merupakan antara platform komunikasi menerusi Internet yang popular untuk menghubungkan manusia dari seluruh dunia.
Mempunyai bilangan ahli berdaftar melebihi 405 juta orang, revolusi Skype kini terus berkembang apabila baru-baru ini mengikat kerjasama dengan syarikat pengeluar telefon bimbit terkenal, Nokia untuk menawarkan perkhidmatannya pada produk telekomunikasi berkenaan.
Ia akan mula diintegrasikan pada telefon bimbit Nokia Nseries iaitu model N97 dan dijangka berada di pasaran pada suku ketiga tahun 2009.
Menerusi perkhidmatan itu, pengguna akan dapat mengenalpasti ahli yang aktif menerusi senarai nombor telefon atau alamat yang terdapat di dalam telefon bimbit mereka untuk membenarkan penghantaran mesej ringkas.
Dengan cara itu, pengguna Nokia N97 di seluruh dunia akan dapat mengaplikasikan perkhidmatan 3G atau WLAN bagi membuat panggilan Skype secara percuma dan juga menjalankan beberapa aplikasi lain.
Ketua Pegawai Operasi Skype, Scott Durchslag, berkata, perkhidmatan tersebut secara tidak langsung dapat menyediakan medium perbualan dengan kos yang minimum antara individu dari seluruh dunia.
"Kerjasama ini dijalankan melalui integrasi perisian Skype ke dalam peranti telefon bimbit Symbian S60 dari Nokia dan seterusnya mengaktifkan fungsinya secara mobiliti,'' katanya.
Ia merupakan perkhidmatan yang relevan memandangkan bilangan pengguna Skype yang semakin bertambah.
Melaluinya juga, pengguna akan dapat memperoleh pengalaman baru ketika berkomunikasi di Internet menggunakan telefon bimbit selain komputer peribadi atau komputer riba.
Untuk mengaktifkan kesemua fungsi Skype itu, pengguna masih perlu menyambungkan telefon bimbit mereka kepada Internet jalur lebar.
** wow.. baru canggih..
No comments:
Post a Comment