Mangsa yang dikenali sebagai Lingel Kanis, 50, berasal dari Kampung Mambong.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 9 pagi, tidak jauh dari kampung berkenaan ketika Lingel dalam perjalanan menuju ke Hospital Memorial Rajah Brooke di Batu 13, Jalan Puncak Borneo untuk merawat anak lelakinya berusia empat tahun yang menghidap demam panas.
Mangsa menunggang motosikalnya bersama anaknya yang duduk di hadapan apabila sebuah lori sampah datang dari arah belakang dan melanggar bahagian belakang motosikal mangsa.
Kedua-dua anak beranak itu tercampak ke atas jalan raya daripada motosikal mereka dan si bapa digilis tayar hadapan sebelah kiri lori berkenaan.
Sementara kanak-kanak lelaki terbabit terselamat dan hanya mengalami luka-luka kecil.
Pegawai Polis Trafik Siburan dipanggil ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan kemudiannya menghantar mayat mangsa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.
Pemandu lori berkenaan disoal siasat berhubung kemalangan itu sementara lori disita bagi tujuan siasatan.
Sources: www.theborneopost.com